Doa Buat Si Dia

dude harlino adalah sekadar gambar hiasan : credit to pakcik Google and kapanlagi.com

Doa Buat Si Dia

Ya - Rabbul Ariffin
Seandainya kau telah takdirkan dia milikku
tercipta untukku
dekatkanlah hatinya dengan hatinku.
Tetapkanlah kemesraan antara kami
agar kebahagiaan ini kekal abadi.


Ya Muhaimin
Seiringkanlah kami
mengiringi kehidupan luas ini
ketepian yang sejahtera.


Ya Rabbul Fatihin
seandainya dia telah Kau takdirkan bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku
luput dari ingatanku
dan peliharakanlah aku dari kecewa.


Ya Rabbul Izzati
Berikanlah aku kekuatan,
melontarkan bayangannya kedada langit hilang bersama senja merah
agar aku bisa bahagia
walaupun tanpa dirinya.


Ya Rabbul Quddus
Gantikanlah yang telah patah
meskipun tidak sama dengan dirinya
biar sekuat mana aku mengasihinya
aku mohon pada Mu Allah
agar melenyapkan perasaan ini
seandainya benar dia ditaqdirkan bukan untukku.


Tetapi seandainya dia telah ditakdirkan untuk diriku
aku mohon kasih dan sayang Mu
agar memperkuatkan kasih sayangku padanya
selagi mana tidak melebihi kasih sayangku pada Mu.


Ya Rahman Ya Rahim,
Cukuplan Engkau sahaja menjadi pemeliharaku
Didunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka


Amin

nota kaki: dipetik dr sumber yg tidak diketahui  .. dah lama dlm simpanan..  yang ini sy syak telah diolah semula dr sumber asal kerana sy pernah baca yg asal.. lg best di majalah MUSLIMAH (ada lg ke majalah ni sekarang?) tahun dah lupa .. lebih dr 10 thn yg pasti sbb time tu sy masih sekolah n time tu kirim2 sajak melalui pos kepd magazine still relevan. bulan2 pose ni nk wat entry2 islamik sket..boleh?.... kononnyer la :)


XOXO

No comments:

Post a Comment

etc