Jadi terkenal selepas marah perogol (with VIDEO- Bed Intruder)

LINCOLN, Amerika Syarikat - Seorang abang mangsa rogol di Alabama, Antoine Dodson tidak menyangka apabila barisan ayat yang diucapkan ketika ditemu ramah oleh stesen televisyen menjadi sensasi dan popular di laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.

Baris-baris ayat yang diucapkan Dodson, 24, itu diubah menjadi lagu berjudul Bed Intruder oleh sebuah band muzik, The Gregory Brothers dari New York, yang mengisahkan amaran lelaki itu kepada penjenayah yang merogol adiknya.

Lagu itu telah dimuat turun 30 juta kali menyebabkan kumpulan muzik tersebut membahagikan separuh daripada hasil jualan menerusi talian kepada Dodson yang dirujuk sebagai penulis bersama untuk lagu berkenaan.

Populariti klip video lagu itu menyebabkan Dodson menerima tawaran pengiklanan daripada gergasi komputer ternama Apple selain firma-firma pengiklanan lain di samping dia sendiri popular di Facebook dan Twitter.

Namun, suspek yang merogol adiknya masih lagi bebas. - Agensi
 ini video interview asal...



 selepas jd music video....



nota kaki : leh tahan jd lagu nyer..


XOXO

5 comments:

  1. tak disangka-sangka akan jadi terkenal , tu pun kluar dari mulut yang baik .

    ReplyDelete
  2. haha..xpsl2 jd popular..tp kn,muka dia ni mmg rare ar..hahaha

    ReplyDelete
  3. hiarghh!
    wajahnya buat daku terukir gigi tetibe~~~

    ReplyDelete
  4. :)
    lawak kan.. jadi artis terus..

    ReplyDelete

etc