TIPS DOA UNTUK KEKASIH DARI WANITA

photo source:google - munajat_by_gazoleena
 balik raya ari tu try cari balik majalah muslimah tahun 2001 yg siarkan tips/doa nie..
macam2 versi ade kat internet ..
yg nie berkemungkinan yg asal sbb time tue internet belum popular..

sekadar usaha buat insan yang bergelar wanita...
ketahuilah olehmu betapa hebatnya doa dalam melayari hidup..

TIPS DOA UNTUK KEKASIH DARI WANITA
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang

Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah..
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi..
Seiiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ke tepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja yang merah..
Agarku sentiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah yang tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhbya Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah sahaja Engkau yang menjadi pemeliharaanku..
Di dunia dan akhirat..
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan..
Yang soleh dan solehah..

Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dari azab api neraka..

Amin.. Amin.. Ya rabbal 'aalamin...


 -Muslimah Sejati-
       -diambil drp MAJALAH MUSLIMAH 2001-

XOXO

2 comments:

  1. amin ya rabb....
    sesungguhnya wanita yang baik untuk lelaki yang baik..
    dalam usaha mendapatkan lelaki yang baik, usahakan kebaikkan dalam diri.. inshaALLAH, perjalanan yg ikhlas ada ganjarannya...wehaaa

    >.< Harta seorang Perindu

    ReplyDelete
  2. AMinn.
    Aku Mengaharapkan keredhaan yg Baik Dari Allah Maka Sedikit Terbukti Untuk Aku Menjadi Seorg Yg Amat Penyabar Dlm Segala Hal Miskin Pun Aku Bukan La Cantik PAras
    Rupa Seperti Yg LAin,NAmun Aku Mensyukuri Kelebihan Yg Allah Anugerahkan Padaku..
    Amalan Doa Ini Byk Menberi Aku Keyakinan Dlm Hidup Ku Seharian,Aku MEncari Cinta
    Yg Suci Walaupun Dari Zahir Nya Hanya Allah Yg Mengetahui.MAri La Rakan2 Amalkan Doa Ini Dlm Tiap Mahu Mu.Insyaallah U all NAmpak Kebaikkan Dan Keburukkan.Ambil La Yg Baik Itu Sebgai Kejayaan Dan Kesyukuran.Buang la Keburukkan Itu Dan Jadikan LA Kite
    Lebih MAtang.Thanks For Blog Yg TAk BErnama Sentiasa Memberi Support Hamba Ini..

    ReplyDelete