Permohonan e-Rayuan ke IPTA/Politeknik kategori Program Asasi/Diploma Sesi Jun-Nov 2013

sekadar menyampaikan kepada adik-adik yg tidak berjaya bagi permohonan kali pertama..
boleh cuba buat rayuan .. keputusan rayuan selalunya berdasarkan kekosongan..

dipetik dr facebook Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

Assalamualaikum,Salam Sejahtera .

Keputusan kemasukan ke Universiti Teknologi MARA kategori Program Asasi/Diploma telah dikeluarkan pada 19 Mei 2013. Ramai yang telah berjaya dan tidak kurang yang masih belum mendapat tempat.

Kepada yang berjaya diucapkan tahniah dan yang tidak berjaya boleh membuat rayuan pada 24 Mei 2013 melalui http://upu.mohe.gov.my/.

Keputusan rayuan akan dikeluarkan pada 14 Jun 2013. Ramai yang merayu kepada UiTM dan mengharap berjaya mendapat tawaran, UiTM masih menyediakan tempat untuk kemasukan sesi ke 2 yang akan dibuka pada Julai 2013 dan kemasukan pada November 2013. Dasar pemilihan masih mengikut merit yang melibatkan kiraan markah merit SPM dan Ko-kurikulum.

Bagi tawaran pelajar MDAB yang melalui program jelajah baru-baru ini tawaran akan dikeluarkan pada 29 Mei 2013 dan ini akan dilakukan berdasarkan calon memenuhi syarat akedemik dan pendapatan ibubapa.


XOXO

5 comments:

  1. tq sangat2....saya dh berjaya buat e rayuan...doakan untuk saya ya..

    ReplyDelete
  2. Thank you for the information.Saya dh berjaya membuat e rayuan and berdebar debar utk tunggu resultnye keluar.Doakan utk sy ye :)

    ReplyDelete
  3. tumpang tanya,mcm mana nk buat rayuan secara surat terus spt yg ada org ckp2?

    ReplyDelete
  4. betul ke org kta yg uitm pnyer rayuan kuar hri ni pkul 2?..mohon penjelasan

    ReplyDelete