Permohonan BR1M 3.0 2014 [update link]


Update rayuan: http://belogtiadanama.blogspot.com/2014/03/cara-rayuan-bagi-permohonan-br1m-30.html?m=0

update: permohonan BR1M serta kemaskini permohonan lepas secara online boleh dibuat sekarang melalui link di bawah :

*td pergi UTC nampak dah ramai yg serbu utk ambik dan hantar borang..
borang permohonan BR1M ni boleh juga didapati dlm suratkhabar ataupun boleh download dan print melalui link ini : http://www.scribd.com/doc/193111812

permohonan dibuka bermula 23 Disember 2014 iaitu minggu hadapan sehingga 31 Januari 2014.
jangkaan penerimaan adalah pada Februari 2014

link yg berkaitan untuk pendaftaran permohonan br1m 3.0 2014 dan lain-lain maklumat:


untuk info lebih lanjut boleh tgk kat fb ni

Untuk pendaftaran secara manual atau offline , borang br1m juga boleh didapati di kaunter-kaunter di lokasi berikut bermula minggu depan:
  1. kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  2. pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  5. Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
Syarat BR1M 3 / Kelayakan

Isi Rumah(RM650)
1. Isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000
2. Warganegara Malaysia
Isi Rumah (RM450)
1. Isi rumah berpendapatan di antara RM3,000 to RM4,000
2. Warganegara Malaysia
* Additional RM50 Group Takaful Rakyat 1 Malaysia Contribution (i-BR1M)
Individu/ Bujang (RM300)
1. Pendapatan bulanan of RM2,000 ke bawah
2. Warganegara Malaysia 
3. Berumur 21 dan ke atas. (lahir 1993 dan sebelumnya) 
4. Tidak termasuk pelajar yang menerima Bauver Buku 1 Malaysia (BB1M)
Artikel berkenaan BR1M 3.0 2014


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 yang memanfaatkan hampir 5.9 juta isi rumah dan dua juta individu bujang akan mula dibayar pada Februari depan.Kementerian Kewangan dalam kenyataannya memberitahu, penerima BR1M sedia ada tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, sebaliknya boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank.
"Bagi pemohon baharu, mereka boleh mendaftar secara dalam talian atau manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 bermula 23 Disember ini dan berakhir 31 Januari depan,'' menurut kenyataan tersebut di sini hari ini.
Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati secara percuma mulai tarikh yang dijadualkan di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau memuat turun melalui laman sesawang LHDN: www.hasil.gov.myMenurut kenyataan kementerian itu lagi, kriteria program BR1M 2014 telah ditambah baik antaranya kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, nilai bantuan ditingkatkan daripada RM500 kepada RM650.Sebagai tambahan, kategori bantuan juga diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan di antara RM3,001 dan RM4,000 sebulan dengan jumlah bantuan RM450.Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan caruman i-BR1M bernilai RM50 kepada penerima isi rumah BR1M dengan jumlah perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas pula akan menerima kenaikan jumlah BR1M iaitu daripada RM500 kepada RM650.Sementara itu, bagi kategori bujang berumur 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000, bantuan akan ditingkatkan daripada RM250 kepada RM300.Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian hotline 1-800-88-2716 dari pukul 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat bermula 23 Disember ini.





XOXO

1 comment:

etc