Video Versi Asal Lagu Rindukanlah OST Playboy Itu Suami Aku - Encik Mimpi + Lirik

4 kata
tengah2 layan video lagu baru2 kt youtube td..
tiba2 terjumpa video penyanyi asal lagu Rindukanlah yg jadi OST drama tv3 pukul 7 slot akasia yg menggantikan cerita Love You Mr Arrogant..
cerita baru ni tersangat la lemau so lepas habis jer lagu Encik Mimpi tu terus aku tutup tv..
solat lg bagus..
;)


video kt atas ni adalah yg original version dari kumpulan Indie Mice (ada kaitan ngan Encik Mimpi gak kot ..maybe same label)


rupa-rupanya yg Encik Mimpi nyanyi tu kira mcm cover version yg dibenarkn..
ingtkn original version..
tp Encik Mimpi ni mmg artis youtube yg cover lagu jer sejak dr dulu..
keistimewaan dia yg membuatkn budak2 remaja terutamanya , minat sgt adalah
kerana dia ni kreatif dan jenis jiwang kot..
video2 dia kdg2 berlatarkn lukisan kartun2 penceritaan yg comel2 yg dia lukis sendiri..
kalau x letak kartun2 dia akan post video dia nyanyi tanpa menampkkn muka..
misterius gitu..
 maka cair la hati budak2 rumaja masa kini..
yg remaja kertu cam aku ni layan jer la..
hehe..
bersandarkan video nampk tgn pegang gitar disamping background bilik student studi oversea itu shj pon dah menjdkn encik mimpi ni famous..
kira power gak aa aura dia..
 beberapa bulan lepas encik mimpi dah pulang ke kg halaman 
dan katanya keje kt kl..
dan sejak itu juga dia mula aktif nyanyi kt show2..
menurut fb yg aku follow..
manager encik mimpi ni ahli group indie mice tu jugak..
hadi gitu la nama dia..
nampak tak kaitan kt situ..
so jgn la kata dia plagiat pulak..

spekulasi yg aku buat..
anggota indie mice yg nama noah tu adalah abang encik mimpi ni..
speku jer okehh..
gaya diorg mcm ada persamaan..
walaupun bertopeng npk sgt encik mimpi tu muda belia lagi..

untuk biodata segala mmg xdek ..
sbb aku bukanla stalker yg berjaya..
korang terer korang stalk sendiri..
ni link official fb encik mimpi

sekarang..
terima lah cover rindukanlah- encik mimpi 
dr encik mimpi sendirik
versi ni sgt kiut..
nk wat adek angkat rase.. *galok
walaupun aku ni bkn peminat tegar tp mmg rugi kalau  x tgk...


Lirik Rindukanlah - Encik Mimpi

Ku benar benar sayang pada dirimu oh kasihku
Janganlah oh engkau ragu pada diriku
Daku berkelana mencari harapan yang kita impikan
Dari terbitnya sang surya hingga tenggelam

Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ihklas ihklaskan lah hatimu

Rindu rindukan lah diriku
Sepanjang hari harimu sayangku
Ku adalah milikmu Sayangku ku
Ku adalah milikmu yang kau rindu

Doa doakan lah diriku di dalam hatimu di dalam nafasmu
Sepanjang hari hari mu

official youtube channel

http://www.youtube.com/user/encikmimpi?feature=watch


XOXO

cake cheese meleleh

0 kata
 harini aku n geng join baking class.
1st time aku concentrate tgk org buat kek.
Dlm pada aku concentrate tu malangnya aku x rajin nk buat catatan.
So hasil dr short term memory aku ni.
Aku boleh tunjuk hasil yg kitorg buat je. 
Walaupun rupa kek tu biasa2 je tp rasanye agak best.
Cubaan kitorg separa berjaya.
Cheese x cair sgt so efek tangkap leleh tu x berjaya dihasilkn.
Moga aku rajin utk try kt rumah nanti.

Ini resepi yg kitorg tiru time buat kek cheese meleleh ni.
Credit to the owner 

Hihi..

Tenaga pengajar yg juga opismate kitorg tu menyarankn beberapa perkara...
Antaranya untuk kek keju or cheese meleleh ni baiklah di lapis lapiskn dlm tupperware
Sbb nanti cheese tu xdek la leleh merata rata
Pastu utk kek nk lapis2 tu boleh jugak guna kek lain.
Mcm kitorg haritu blaja jgk buat kek red velvet so ade geng yg pakai kek tu sbg lapisan.
Utk topping tu sukahati la nk taruk ape2.
Kitorg ade yg taruk milo la nestum la..

Itu je yg aku ingt buat masa sekarang..
Sape rajin leh try..

Utk biskut cheese meleleh ni resepi versi sukahati kitorg jer salin asal faham..
;)

carta menunjukkan bahan-bahan kek yang diperlukan mengikut saiz acuan

XOXO

Ada Apa dengan Villa Nabila [update]

0 kata
UPDATE:

Kisah kehilangan semalam tu tipu semata-mata..
Sekeh jugak kepala budak tu kang.
Seb baik bukan adik aku

Credit to forum cari

Ngan aku2 terpedaya..
Cess sungguh bebudak ni.
Aku dah la mudah terpengaruh ngn kisah mistik.hihi
Yg xleh bla.. akaun twitter kt bwh ni..
Yer2 o jerk.

Layankn jer la kisah smlm kt bwh ni sbg pengajaran
Lenkali jgn cayer Sgt cite2 merepek budak2 br nk UP

-----------------------------------------------
 bukak2 fb ngan forum pagi2 td kecoh pasal isu Villa Nabila.
disebabkan banyk masa terluang aku follow la berita ni dari pg tadi..
baca-baca pasal misteri villa tu kt blog2..
banyak versi jugak kisah villa nie..
terpulang la nk percaya ke tak..
tp agak menarik jugak la..

ni kronologi kisah pg td 
pasal villa nabila or christine place tu aku xleh nk citer lebih..
sbb ni pon first time dengar.. 
yg tu boleh baca kt blog2/forum2 lain..

update: untk perkembangan terbaru boleh follow twitter ni 

https://twitter.com/TwtICYM

1. mula2 sekumpulan 30 org budak-budak basikal pergi saja-saja ke Villa Nabila / Christine Place tu.
2. hanya 7 org mula2 berjaya keluar dikatakan berpunca drp salah seorg dr yg hilang tu ambik sesuatu.
3. pastu 22 orang dah berjaya dijumpai... bukan serentak kot.. erm?? yg ni mcm konfius sikit.. bnyk cerita yg org post
ada yg dirasuk ketika mula dijumpai
4. sorg lg masih dicari ..




disebabkan kekecohan isu ni kt internet..
ramai yg pergi kt tempat kejadian..

akhirnya kuar berita


Johor Bahru: Polis Johor menafikan dakwaan kehilangan 23 remaja yang dikatakan memasuki sebuah kawasan villa tinggal di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu.

"Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa telah memasuki kawasan villa tinggal berkenaan.

"Bagaimanapun, unit anjing pengesan dan pihak bomba yang melakukan siasatan di kawasan villa itu sejurus menerima laporan, tidak menemui remaja terbabit," katanya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------

aku paling suka baca isi kt blog bwh ni :

.................................

dekat forum2 banyak lagi buat spekulasi..
samada betul atau tak kenyataan polis tu..
yer la kan.. xkan benda2 ghaib nk masuk paper kan..
kecoh pulak nanti..

x mustahil jugak cerita ni mmg palsu ..
terlampau banyak tokok tambah..


Update:

http://youtu.be/mPvuGkA9IFc

jom layan gambo sikit..



operasi pencarian budak sorg tu masih diteruskan..




XOXO

etc