Baked Carbonara Meatball Cheese

SELEPAS..

td terliur nak makan baked carbonara meatball..
hasil nya macam kat atas tu..
kat bawah ni resepi yg sy guna untuk menghasilkan 
Baked Carbonara Meatball Cheese


SEBELUM


Bahan yang diperlukan :  ------> kuantiti try adjust mengikut saiz bekas yg ada.. mcm yg sy buat ni guna 2 bekas bulat kecik tu...

1 Tin Sos Prego Carbonara Mushroom – Tin warna biru muda
Meatball
1/2 biji Bawang Besar Holland yg warna kuning  (bukan merah)
1/2 biji Capsicum Hijau
1/2 tin cendawan butang
Cheese (Mozarela cheese)
*yang tak wajib   (kalau tambah ni lg umph)
Sedikit susu segar  nak bagi sos x pekat sangat
Secubit lada hitam yg ditumbuk halus
Secubit garam


Cara :

1) Goreng bawang besar,capsicum serta cendawan butang yg telah dihiris tanpa minyak . Jangan sampai layu nanti x best nk gigit sayur tu.
2) Goreng meatball guna minyak masak/olive oil.
3) Kemudian panaskan sos Prego dan kacau sehingga mendidih. Sekiranya pekat, masukkan susu segar. Masukkan sedikit(ikut kesukaan) lada hitam yg telah ditumbuk ngan sedikit garam.
4) Masukkan meatball  serta bahan lain yg telah digoreng kedalam bekas oven safe disusuli dengan sos Prego.
5) Selepas itu, parut  mozzarella cheese dan letakkan di atas bahan-bahan serta sos td.  Seboleh-bolehnya letak cheese banyak-banyak. Baru best. Las sekali letak cheesedale yg empat segi tu.(potong panjang2 bde bentuk sikit)
6) Bakar dalam 120 degree selama 10 minit. Bergantung pd oven. Kalau jenis oven cepat panas panaskan 5 minit cukup kang hangus pulakn cheese kt atas tu.
7) Siap! Boleh makan..

ps: actually sos prego biru tu mmg dah mushroom tp if tambah button mushroom tu lg best..:)

XOXO

No comments:

Post a Comment