iyer..mmg sy selalu pukul n cubit2 kamu.. tp itu cuma pukul n cubit-cubitan manja semata..
kamu sudah tidak mahu pulang kah.. sy mmg tiada di rumah tp setiap bulan sy pastikan diri saya pulang..
walaupun tujuan utama pulang adalah utk dating dgn uncle dentist ku.. tp itu bukan bermakna sy tidak rindukan kamu wahai kecik ku ..
dulu.. masa abah buang kamu di kedai makan tepi UiTM .. saya tidak tahu-menahu pun akan perkara tersebut..
kalau sy tahu mmg sy tidak akan sesekali bersetuju..
owh kecik..waktu petang itu semasa sy pulang bercuti tiba2 abah membawa kamu pulang..
sy terkejut yg amat.. sungguh tidak sangka.. kamu tidak pernah bersiar-siar lebih dr 5cm dr pintu pagar rumah..
tp akhirnya kamu berjaya menjumpai kereta abah di opis .. kamu sungguh bijak.. mmg sy pasti kamu kucing saya.. hhohoo.. kamu seperti tahu2 yg sy pulang ke rumah.. terharu saya..
walaupun kamu degil suka membuang najis merata-rata.. dan saya kejar kamu sekeliling rumah sambil menjerit-jerit mcm org gila... tp tidak mengapa.. kamu pengubat kesepian saya..
kecik..sudah lebih seminggu kamu tidak pulang.. saya tidak pasti..betul kah jiran belakang rumah yg ambil kamu.. habis sudah suara sy memanggil-manggil nama mu.. dan kamu menjawab...
maafkan sy kecik...tp sy tidak sempat utk mengintai.. bila saya pergi kamu sudah tiada di luar...
sy syak mmg itu suara kamu tetapi tidak kah org yg ambik kamu itu sedar.. aish.. boleh pulak dia menanya anaknya kenapa kamu mengiau-iau.. padahal jelas dan nyata kamu sedang membalas panggilan saya..
kecik jika benar la kamu diambil org..
harapan saya kamu gembira dengan tuan kamu yang baru..
sekiranya tidak.. harap kamu berjaya melepaskan diri..
pulang la kecik.. rumah kami sentiasa terbuka..
balik plz.. kita berhari raya bersama-sama..
missing : kecik (nama sebenar) |
No comments:
Post a Comment