Maizawati (exwife-Akhil Hayy) join 'Mrs Beauty Malaysia 2010'

Maizawati ni santek la.~ -Foto The Star
Salman Khan, Hrithik Roshan, Shakti Kapoor Hadiri Final 'Mrs Beauty Malaysia 2010'


BINTANG Bollywood terkenal, Salman Khan, Hrithik Roshan dan Shakti Kapoor dijangka akan menghadiri malam kemuncak Mrs Beauty Malaysia 2010 pada jam 7 malam ini, di Dewan Seri Endon Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya.

Menariknya, Shakti yang lebih dikenali sebagai pelakon komedi dan antagonis telah berlakon puluhan filem seperti Har Dil Jo Pyar Karega, Hum Saath-Saath Hain, Haan Maine Bhi Pyaar Kiya dan Ek Rishtaa, juga dijemput sebagai pengacara majlis pada malam itu.

Seramai 14 peserta yang akan bertanding dalam pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010 itu meliputi pelbagai bangsa Melayu, Cina dan India. Menariknya, pertandingan ini turut disertai oleh tiga wanita bertudung di mana salah seorangnya adalah bekas isteri penyanyi dan penceramah Akhil Hayy, Maizawati Zainal mewakili negeri Sabah. ---> oo..dia wakil negeri laki baru dia

Pertandingan anjuran MBQ World Sdn Bhd itu ingin mencari bakat dan model baru untuk menyerlah potensi secara menyeluruh dalam bidang fesyen dan kecantikan, komersial TV dan radio, medium pengiklanan lain termasuk lakonan dan nyanyian.

Menariknya, juara yang menempah gelaran Mrs Beauty Malaysia 2010 akan berpeluang mara ke pertandingan Mrs Beauty World 2010 yang akan berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat. Juara juga akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, pakaian, kasut dan mahkota.
Pertandingan itu terbuka kepada wanita yang telah berkahwin, berusia 21 tahun ke atas dan berwarganegara Malaysia. Mereka perlu mewakili negeri sendiri atau negeri suami masing-masing.

Menurut Presiden MBQ World, Datuk Molly Malakias Yoshioka, penganjur menetapkan para peserta tidak memakai bikini, pakaian renang atau kostum yang jarang.Panel juri profesional dari Malaysia dan antarabangsa akan menilai peserta dari segi persembahan, pidato umum, temubual, personaliti, bakat, kerja amal dan penampilan.
                                            sumber :   http://www.mstar.com.my
lagi berita : http://thestar.com.my/metro/story.asp?sec=central&file=/2010/8/23/central/6879328
Antara finalis Mrs Beauty Malaysia 2010. - Foto The Star
nota kaki : tgk macam ahkak maiza ni ade can menang.. :) laki barunyer xnak join ape2 ker.. muka market ape.. :P hadiah juara rm 10,000 jah ker.. ??  bayar ptptn x lepas..cehs cam aku jer yg masuk..
XOXO

5 comments:

  1. ala..tak pass nak masuk..blom kawen..hehehe =)

    ReplyDelete
  2. Wah, dia pun masuk juga ya?
    Takpelah.. dia lawa boleh la masuk.

    Warlord tak lawa.. tak boleh masuk :P

    ReplyDelete
  3. memang ade chance die menang.paling cantik di kalangan mrs yg lain hehehe

    ReplyDelete
  4. waaa...saya pun nak join gak la...hak2..agak2 terpilih ker?

    ReplyDelete
  5. hapdet : ahkak maiza x menang pon.. :)

    ReplyDelete